Saturday, November 26, 2011

Jubah...


Jubah budak, bole juga untuk org dewasa. Yg ni pun design ku sendiri, coz mama nya nak jubah biasa je, saja nak make up sana-sini jubah ni..pasti anaknya suka pakai...
Klo org lama pasti dah rasa pakai songket ni.. songket ni diubahsuai jadi jubah ikut ukuran badan cuma ditambah kain lain untuk bahagian badan & tangan.. cantekk kan?
Jubah dari kombinasi songket dan kain kosong mengikut tema majlis direka sendiri...kalo dipakai dgn belt putih mungkin lebih menarik kot!!...heheheh

Cuba tengok jubah kat atas ni, sama kan dgn kita punya, stail nya pun tapi sebenar nya tidak semuanya, jubah ni berbelah di tepi khas dipakai bersama inner dalam atau jubah kosong... Jubah di atas khas direka untuk anak kawan I, dia belikan kain polos & minta dibuatkan simple je jubah utk mengaji..tp ada idea nak tempek pita + tambahi butang supaya nampak lebih seri...harap empunya badan happy memakainya...
Masa kita mengandung dulu2 arwah ibu yg jahitkan jubah sekarang sendiri jaitkan untuk teman2 pulak..Jubah2 ni untuk kawan saya yg sedang mengandung 6 bulan..Jubah coklat ini di olah saya sendiri khas untuk dia..yg color hitam tu pulak tempahan empunya badan..Sengaja di pasang benang getah di bahagian belakang supaya bole digunakan semasa mengandung dan selepas bersalin nanti 2in1...jimat kan!!! Upah RM28+


Jubah berpinggang tetapi tiada dart bhg hadapan, kain siap sulam cat dihiasi manik/batu..
 Jubah berpotongan badan gaun A simple di bahagian leher lengan lining panjang dan dihiasai manik2 kecil..
Jubah ni sebenar nya sedondon dgn anaknya..simple dan longgar..berbutang dibahagian belakang.. 
 Jubah ni simple je tp sebenarnya style kurung riau di olah menjadi jubah panjang...ade-ade je yee...(idea sendiri)
 Jubah putih pulah lagi la ada cerita nya sendiri, direka dalam keadaan kelam kabut, so di potong pinggang disambung dgn skirt berkedut kumpul di bahagian depan sahaja, dipasang getah belakang untuk shaping...
Jubah moden songket di dalam tidak berlengan, skirt kipas blakang dan dipadankan dengan blazer longgar pendek berbutang satu... cantekk!! RM58.00

 
 Jubah di atas ni lebih kurang je dgn jubah coklat hanya ditambah kain polos di tengah hadapan dan di sulam ujung tangan & bawah skirt bhg depan..
Jubah longgar butang 1 belakang, lengan potong di siku dan bergetah hujung tangan. Kain diimpot dari Bandung..
Jubah d bawah style moden potongan 'A' dan fit di bahagian dada dan pinggang. Lengan disambung dengan kain polos dan getah di hujung. RM35 tidak termasuk sulam.

Saturday, November 19, 2011

Baju Lelaki

Tempahan pertama baju melayu dewasa RM45.00

Baju melayu moden.. sama je design leher tapi di tambah flirt kedua-dua siring badan hadapan dan tangan di buat butang penyangkut lengan supaya senang di lipat semasa mengambil air sembahyang atau di gayakan...