Saturday, December 3, 2011

Langsir & Sarung Kusyen...

Sarung kusyen fabric harimau di piping keras bahagian setiap sudut...langsir pulak warna peach cream berbunga merah digandingi day curtain dari bunga yang sama...Style langsir yang berlubang sesuai untuk pengadang rod atau besi..Simple je...Harga upah untuk Langsir 1 bidang mengikut saiz lebar nya iaitu dari RM 13 - RM 20. Sarung kusyen RM 7.00..
Ada banyak langsir yang telah dihasilkan yang di upload di projek 2009/2010..sila layan...



Thursday, December 1, 2011

Tudung & Seledang

Koleksi tudung siti yg bersulam..ada lagi cm lp nak ambil pic...
Selendang untuk king & queen of the night ditempah khas untuk majlis makan malam, tulisan besar dari keratan kain satin kuning, di sudut bawah selendang di sulam tulis nama majlis tersebut dan dikelilingi oleh pita kilat untuk menaikkan lagi serinya Kalau di lihat memang simple dan mudah tetapi bagi orang yang built nya tu...amat remeh + leceh..tetapi bila dah siap, kelihatan cantik, hilang rasa penat...

Saturday, November 26, 2011

Jubah...


Jubah budak, bole juga untuk org dewasa. Yg ni pun design ku sendiri, coz mama nya nak jubah biasa je, saja nak make up sana-sini jubah ni..pasti anaknya suka pakai...
Klo org lama pasti dah rasa pakai songket ni.. songket ni diubahsuai jadi jubah ikut ukuran badan cuma ditambah kain lain untuk bahagian badan & tangan.. cantekk kan?
Jubah dari kombinasi songket dan kain kosong mengikut tema majlis direka sendiri...kalo dipakai dgn belt putih mungkin lebih menarik kot!!...heheheh

Cuba tengok jubah kat atas ni, sama kan dgn kita punya, stail nya pun tapi sebenar nya tidak semuanya, jubah ni berbelah di tepi khas dipakai bersama inner dalam atau jubah kosong... Jubah di atas khas direka untuk anak kawan I, dia belikan kain polos & minta dibuatkan simple je jubah utk mengaji..tp ada idea nak tempek pita + tambahi butang supaya nampak lebih seri...harap empunya badan happy memakainya...
Masa kita mengandung dulu2 arwah ibu yg jahitkan jubah sekarang sendiri jaitkan untuk teman2 pulak..Jubah2 ni untuk kawan saya yg sedang mengandung 6 bulan..Jubah coklat ini di olah saya sendiri khas untuk dia..yg color hitam tu pulak tempahan empunya badan..Sengaja di pasang benang getah di bahagian belakang supaya bole digunakan semasa mengandung dan selepas bersalin nanti 2in1...jimat kan!!! Upah RM28+


Jubah berpinggang tetapi tiada dart bhg hadapan, kain siap sulam cat dihiasi manik/batu..
 Jubah berpotongan badan gaun A simple di bahagian leher lengan lining panjang dan dihiasai manik2 kecil..
Jubah ni sebenar nya sedondon dgn anaknya..simple dan longgar..berbutang dibahagian belakang.. 
 Jubah ni simple je tp sebenarnya style kurung riau di olah menjadi jubah panjang...ade-ade je yee...(idea sendiri)
 Jubah putih pulah lagi la ada cerita nya sendiri, direka dalam keadaan kelam kabut, so di potong pinggang disambung dgn skirt berkedut kumpul di bahagian depan sahaja, dipasang getah belakang untuk shaping...
Jubah moden songket di dalam tidak berlengan, skirt kipas blakang dan dipadankan dengan blazer longgar pendek berbutang satu... cantekk!! RM58.00

 
 Jubah di atas ni lebih kurang je dgn jubah coklat hanya ditambah kain polos di tengah hadapan dan di sulam ujung tangan & bawah skirt bhg depan..
Jubah longgar butang 1 belakang, lengan potong di siku dan bergetah hujung tangan. Kain diimpot dari Bandung..
Jubah d bawah style moden potongan 'A' dan fit di bahagian dada dan pinggang. Lengan disambung dengan kain polos dan getah di hujung. RM35 tidak termasuk sulam.

Saturday, November 19, 2011

Baju Lelaki

Tempahan pertama baju melayu dewasa RM45.00

Baju melayu moden.. sama je design leher tapi di tambah flirt kedua-dua siring badan hadapan dan tangan di buat butang penyangkut lengan supaya senang di lipat semasa mengambil air sembahyang atau di gayakan...

Friday, October 14, 2011

Bersama Usahawan Contoh Yang Disegani...

TQ kepada Puspanita+KML kerana membawa penceramah Datuk yg menjadi idola usahawan 'n' bakal usahawan kerana usaha + kejayaan beliau...(termasuk aku..) maka kesempatan ini tidak dipersiakan mengambil pic kenangan..dgn harapan aura nya sampai dan semoga aku + teman2 berjaya seperti beliau suatu hari nanti...Amin...

Projek Set Cadar

Set cadar bergetah + sarung bantal yang simple untuk tempahan jahitan RM25.00 tidak termasuk comforter, jika blanket yg berlapis kain juga boleh di terima tambahan RM10.00.
Hanya perlu 7.5 mtr (bukaan kain 45"), blanket 5.5mtr x 2 (selalunya lapisan bawah warna yg berlainan)

Wednesday, October 5, 2011

Projek Gaun

Blouse di atas saja saya cipta untuk diri sendiri..puas aku cari kat kedai blaouse putih tapi semua tak berkenan..so maka tercipta la blouse simple ni..tp kena dipakai bersama baju inner baru tak seksi..haha
Gaun ni di tempah oleh Kristin untuk upacara Gereja..15/10/11. Iya walaupun byk tempahan lain, aku teruja nak buat kerna inilah peluang aku untuk menguji kemampuan / ingatan saya dengan kemahiran & pengalaman yang lama saya tinggalkan.. naaa...akhirnya siap sudah..santekkk kan?? harap Kristin suka ...









Sunday, October 2, 2011

Langsir...

Tahun ni hanya 2 buah rumah je projek langsir, sorry ye kpd penempah yg terpaksa ditolak atas ketidakcukupan masa untuk menyiapkannya..adalah disarankan agar awal2 menempah di tahun2 kan datang untuk memudahkan semua urusan kita...
Langsir ni milik kita untuk tahun 2012, amatlah contra warnanya..maklumlah kain nya bertahun2 dah di beli x terjahit, asyik tukar tema je...naa kan jadi cam ni..kusyen itam putih, alas meja putih pokadot merah kombinasi pita merah & di tambah kain hitam..Day curtain putih bunga biru manakala nigt curtain hitam di tempel kain hitam putih di tengah. Scallop biru list bunga sulam biru, style ntahla apa yer, saja nak tempel sana sini..cantek tak??
Saya gelar langsir lepas raya kerana baru disiapkan selepas balik dari kampung..
lumrah kita ni tukang jahit, dahulu kan customer lastly tak terjahit diri sendiri punya.
bila dah selesai raya, cari2 kain langsir ni sampai abis satu rumah di bongkar ingatkan hilang maklumlah membeli kain awal tahun lalu, tapi tak berkesempatan menjahit...
pattern pun malas nak fikir, potong2 dan sambung je...sarung kusyen pun simple je..

Saturday, September 10, 2011

Kurung moden/kebaya/baju melayu

Kurung piping bhgn leher + tepi soja..RM25 +
 
Baju moden tempahan anak buah saya, dia yang nak style baju Nora Danish.. so try la buat.. cam maner ada rupa x?  hehee...(Klo tempahan luar RM 30+)
Leher potongan airmata (A) diamond (B)


Kurung moden ni biasa je cuma style potongan leher nya yang terbuka besar..
Skirt nya lipat depan sebelah tepi, tapi skirt kipas belakang atau potongan A jua sesuai...
Harga upah tidak berubah...
Kebaya pendek moden - skirt A RM30.00

Kurung moden pendek..sama upahnya seperti kurung moden panjang..
Kurung moden lining..sulam RM35 di hujung lengan + bawah baju, empunya x mau di sulam lapisan atas coz dia nak pasang manik..pasti lebih cantek lagi baju ni kan!!
Yang ni bukan tempahan hanya utk hubby + anak2 je...try ubahsuai ckit stail kemeja nya.
Sebahagian projek2 sblm raya tahun ni..tahun ni x banyak sbb byk yg saya reject kerna xckp masa atas mslh kesihatan di awal ramadhan maka beberapa tempahan terutama hanya booking tu, saya bnr kesal kerna terpaksa saya mungkiri janji kerana masalah tersebut!! Alhamdulillah semua customer mengerti + jangan serik ya..next time di saran kan klo nak tempah biar la awal2 spy tidak ada masalah spt yg berlaku...Kita sama ambil iktibar ya....
Semoga Syawal tahun ini memberi keberkatan, keceriaan + kejayaan kepada kita semua...

Aidil Fitri 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin khas buat pelayar blog ini teristemewa kepada semua customer saya....Terima kasih atas sokongan & pengertian tuan2/puan2 semua selama ini...

Sunday, July 10, 2011

Tempahan Hari Raya 2011

Salam sejahtera kepada semua yang dikasihi..

Untuk makluman semua, saya terpaksa menutup penerimaan tempahan hari raya 2011 buat sementara waktu dan tertakluk kepada tempahan sedia ada...Terima kasih atas kepercayaan anda + semoga kita boleh berkerjasama di masa2 akan datang...Untuk maklumat lanjut sms saya...

'N' Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba...

Sunday, May 29, 2011

For Sale On May 2011

Tissue Pouch RM 2.00 - RM 5.00
Cadar bergetah (Single Sz) + 1 bantal - RM 20.00 Jualan di Koperasi KML Bhd sempena sesi MPPB 2011/12...



Tissue Pouch..comel!!!

Sulam bunga + tulisan - RM5.50+ Sulam bunga - RM5.00 Sulam Bunga - RM 5.00 Bertulisan - RM 2.50 +Kosong - RM 2.00