Monday, June 11, 2012

Projek Felt


Projek ni atas permintaan anak sendiri yang akan diserahkan kepada guru nya..malas nak jait tangan tulisan, kuar idea pki mesin menyulam utk dikombinasi kan dgn felt ni..Comeii kan??... (Projek ni bukan dipromosi untuk tempahan hanya display sahaja) hahaha

Headben ni bukan hasil tangan sendiri, semuanya ditempah khas untuk anak2 buah..
comel kan....

Saturday, June 2, 2012

NOTIS PERUBAHAN HARGA TEMPAHAN

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada teman2 yang dikasihi,
Untuk makluman teman2 mulai tempahan bulan JUN 2012 ada perubahan harga tempahan untuk beberapa item yang terlibat.  Ini adalah kerana kos bebanan & perbandingan harga mengikut persekitaran.Harap teman2 mengerti & tidak merasa terkilan atas perubahan ini...Saya tetap akan memberi servis & penghasilan yang memuaskan di masa2 akan datang. Terima kasih............. 
BAJU KURUNG BIASA PENUH :  RM 25.00
(shoulder pad & poket)
BAJU KURUNG MODEN  :   RM 27.00
(shoulder pad & zip tapuk)
BAJU KURUNG MODEN :   RM 25.00
(shoulder pad & butang 1)

Friday, May 11, 2012

Gaun Budak 2

Gaun bergetah badan + bertali ikat leher bersama jaket dari kain matching. Brooch pink buatan handmade teman saya dari kain felt. seset dgn kasut adidas pink..comel nyerrr syg xdpt tengok bb ni pakai coz org nya jauh di seberang lautan cina selatan...semoga hepi + like pakai hadiah dr makcik ya sayang!!...



Gaun hitam ni ditempah oleh teman..gaun bergetah badan berlengan dan diletakkan reben besar di belakang, sayang x berapa nampak coz corak nya berserabut, tetapi realitinya mmg cantek..kat bawah ni gift dr makcik, style look old fashion je tp suka la tengok budak2 cilik pakai gaun cam ni....


simple...ilham dtg semula dr syle gaun2 saya di zaman kanak2 dulu buatan mak.. gaun tak berlengan potongan bawah pinggang, ditambah pita putih untuk menaik seri...harap c pemakai suka....
Gaun2 kat atas ni semua nya hasil design sendiri khas buat anak2 kawan..saja buang gian buat gaun comel2 dah xda anak pompuan, hah buat bagi kat anak2 kawan..ok kan???....

Tuesday, March 13, 2012

Kurung Moden

Kain sulam siap dari Bandung, untuk kurung moden zip dibahagian tepi & berbutang 1 di belakang leher.. RM28.00
kurung ini pulak bergetah tangan belahan leher seperti kurung biasa cuma empunya baju mahu kelainan sedikit di belahan nya,,,
Kurung moden belahan leher yg besar khas dipakai bersama inner dalam, hujung tangan berbutang, upah RM30+
Kurung moden zip tapuk belakang, lengan bergetah potong siku, kain kipas belakang..RM30+

Thursday, January 5, 2012

Temphan Uniform

Uniform Pembantu Operasi...ada 8 pasang dengan pelbagai sulaman..Pakaian Prasekolah (L) Pakaian Seragam International School (P)
Pakaian Seragam Tabika Kemas Di antara tempahan baju seragam sempena sesi persekolahan 2012..Nak tau semua ni di tempah last2 minit..Terpaksa projek lain nya ditangguhkan kerana kesian juga kan anak2 xda seragam pada hari pertama persekolahan..Alhamdulillah semua nya settle...
Projek seterusnya....Seragam kerja akan available Januari ni..