Sunday, October 2, 2011

Langsir...

Tahun ni hanya 2 buah rumah je projek langsir, sorry ye kpd penempah yg terpaksa ditolak atas ketidakcukupan masa untuk menyiapkannya..adalah disarankan agar awal2 menempah di tahun2 kan datang untuk memudahkan semua urusan kita...
Langsir ni milik kita untuk tahun 2012, amatlah contra warnanya..maklumlah kain nya bertahun2 dah di beli x terjahit, asyik tukar tema je...naa kan jadi cam ni..kusyen itam putih, alas meja putih pokadot merah kombinasi pita merah & di tambah kain hitam..Day curtain putih bunga biru manakala nigt curtain hitam di tempel kain hitam putih di tengah. Scallop biru list bunga sulam biru, style ntahla apa yer, saja nak tempel sana sini..cantek tak??
Saya gelar langsir lepas raya kerana baru disiapkan selepas balik dari kampung..
lumrah kita ni tukang jahit, dahulu kan customer lastly tak terjahit diri sendiri punya.
bila dah selesai raya, cari2 kain langsir ni sampai abis satu rumah di bongkar ingatkan hilang maklumlah membeli kain awal tahun lalu, tapi tak berkesempatan menjahit...
pattern pun malas nak fikir, potong2 dan sambung je...sarung kusyen pun simple je..

No comments:

Post a Comment